Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemandu Kereta Cemas Kereta Hilang Kawalan, Rempuh Kedai Makan Tepi Jalan

Seorang warga emas dilaporkan hilang kawalan dan merempuh bahagian hadapan sebuah kedai makan di Bintong, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari.

Advertisement

pemandu kereta cemas kereta hilang kawalan, rempuh kedai makan tepi jalan

Berusia 72 tahun, pemandu kereta itu didakwa tertekan pedal minyak ketika cuba membelok masuk ke lorong kanan jalan bersebelahan kedai makan terbabit.

“Insiden itu menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan seterusnya merempuh kedai makan berkenaan.

“Lauk-pauk yang dijual di kedai makan itu juga tumpah dan jatuh bertaburan akibat rempuhan itu,” katanya.

Namun, pihaknya melaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku dan tiada kecederaan yang serius.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini