Malam semalam telah berakhir anugerah yang mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat dan menyaksikan Khai Bahar & Siti Nordiana telah dinobatkan sebagai Artis Top Top MeleTOP 2019.

Advertisement
Baca: Siti Nordiana & Khai Bahar Jadi Top Top MeleTOP, Ini Senarai Penuh Pemenang AME2019
Selain persembahan atas pentas, antara perkara lain yang mencuri mata dan perhatian netizen adalah lelaki pembawa piala dan pengiring yang berada bersama di atas pentas.

Menjengah ke ruangan Twitter, rata-rata netizen terpesona dengan ketampanan lelaki ini dan ada yang sudah menjumpai akaun Instagram miliknya.


Merupakan seorang model dan pelajar di UTP, Jabir ditugaskan untuk mengiringi pemenang dan juga membawa piala AME2019 ke atas pentas.
Lelaki yang menjangkau usia 20 tahun ini kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Kimia di UTP, Perak dan bergiat aktif dalam aktiviti di universiti.
Sumber: @jabirmeftah
