Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Dibedah Secara Sedar Sambil Bermain Violin

Seorang pesakit memainkan biola semasa pembedahan otak secara sedar supaya doktor dapat mengekalkan keupayaannya bermain alat muzik itu.

wanita dibedah secara sedar, keluarkan tumor di bahagian otak

Dagmar Turner, 53, seorang ahli muzik profesional, yang bermain biola mempunyai tumor yang dikeluarkan dari lobus frontal sebelah kanan berhampiran kawasan otak yang mengawal pergerakan halus di tangan kiri. 

Advertisement

Pakar bedah di King's College Hospital, selatan London berjaya membuang lebih daripada 90% tumor tanpa merosakkan kemahiran motor halus Turner.

wanita dibedah secara sedar, keluarkan tumor di bahagian otak

"Saya berharap dapat kembali dengan orkestra saya tidak lama lagi," kata Turner selepas pembedahan itu.

Tengok ni:

Difahamkan, Turner meninggalkan hospital tiga hari selepas proses pembedahan itu berjaya dijalankan.

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini