Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Argentina Berkabung Tiga Hari Atas Pemergian Maradona

Berita mengejutkan buat semua peminat bola sepak seluruh dunia susulan pemergian bintang dan lagenda bolasepak Argentina, Diego Maradona.

argentina berkabung tiga hari atas pemergian maradona

Maradona dilaporkan meninggal dunia pada Rabu akibat serangan jantung.

Advertisement

Susulan pemergian lagenda bolasepak itu, Presiden Argentina, Alberto Fernandez mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari buat negara tersebut.

argentina berkabung tiga hari atas pemergian maradona

“Saya tidak dapat mempercayai berita itu. Saya sangat sedih.

“Ia adalah berita yang amat buruk buat peminat Argentina.

“Kami amat menyayanginya. Saya akan cuba berhubung dengan keluarganya. Kami sungguh sedih,” kata Fernandez dalam satu temubual dengan surat khabar tempatan.

argentina berkabung tiga hari atas pemergian maradona

Maradona diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah, menjadi kapten ketika Argentina dan memenangi Piala Dunia 1986.

argentina berkabung tiga hari atas pemergian maradona

Pernah mendapat jolokan 'Hand Of God' atas jaringan kontroversi menggunakan tangan pada tahun 1986, Maradona juga pernah bermain untuk kelab Barcelona dan Napoli.

Bagi urusan pengebumian mendiang, kediaman rasmi presiden iaitu Casa Rosada akan disediakan, bagi memberi penghormatan terakhir mengikut upacara pengebumian negara.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini