Baru-baru ini, tular kisah yang membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Lamborghini bersama kereta jenis Perodua Viva.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah sikap pemilik Lamborghini ini, Thomas Heng, yang bermurah hati menggantikan sebuah kereta lain iaitu Perodua Myvi kepada wanita yang terbabit dalam kemalangan itu.
Advertisement

Tindakan Thomas dipuji warganet selepas kisah itu dikongsikan rakannya di Facebook, Azman Nor baru-baru ini.
Kejadian dilaporkan berlaku di Seksyen 17, Petaling Jaya, Selangor selepas Thomas gagal mengelak kenderaan di hadapannya yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberikan isyarat.
“Akibat kemalangan itu, Lamborghini saya remuk pada bahagian depan dan kanan manakala Viva wanita itu ‘total loss’ (musnah).
“Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, namun bagi kereta ‘total loss’ ia memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah,” katanya kepada pemberita.
Thomas yang juga merupakan seorang ahli perniagaan bermurah hati menawarkan sebuah kenderaan terpakai jenis Perodua Myvi sebagai ganti selepas tersentuh apabila mengetahui wanita itu adalah ibu tunggal kepada tiga orang anak.

Kisah ini mendapat lebih 4.7 ribu perkongsian di Facebook dan rata-rata warganet memuji sikap yang ditunjukkan oleh lelaki ini.
Terbaik!