Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemilik Wang RM10 Bernota Tampil Di Facebook, ''Itu Wang Terakhir Ayah Beri Sebelum Meninggal Dunia..''

Sejak minggu lalu, sekeping wang kertas RM10 telah menjadi tular kerana mempunyai nota ringkas padanya.

pemilik wang rm10 bernota tampil di facebook,

Advertisement

Foto wang kertas RM10 yang dikongsikan oleh pemilik akaun Hyza Ezany itu tertulis nota bahawa ia adalah wang terakhir pemberian ayahnya pada tarikh 21/5/2010 pada jam 7.10 pagi.

pemilik wang rm10 bernota tampil di facebook,

Menerusi status di Facebooknya, Anne Malar Yesudass memberitahu bahawa wang RM10 itu adalah miliknya sebelum ia hilang selepas dompetnya dicuri pada 1 September 2018.

"Saya sudah jumpa individu yang jumpa duit saya, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi kongsi penemuan duit ini.

"Ia cukup bermakna dalam hidup saya. Bapa memberi duit ini kepada saya pada 21 Mei 2010, ketika itu saya berusia 17 tahun.

"Bapa beri duit ketika hendak pergi ke sekolah jam 7.10 pagi, namun sayangnya tarikh itu adalah kali terakhir dia beri duit dan hantar saya ke sekolah. Bapa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

pemilik wang rm10 bernota tampil di facebook,

"Saya berasa sedih kerana itu satu-satu duit dan barang peninggalan dari bapa untuk saya. Tidak kisah jika dompet hilang tetapi jangan ambil duit itu.

"Saya sangat berterima kasih kepada Hyza Ezany di atas perkongsian itu. Terima kasih tidak cukup untuk balas jasanya tetapi apa-apa pun terima kasih banyak-banyak.

"Terima kasih kepada semua yang sudi membantu kongsi status Hyza Ezany. Terima kasih sekali lagi. Saya sayang 'appa', saya rindu dia sangat-sangat," katanya.

pemilik wang rm10 bernota tampil di facebook,

Foto wang kertas RM10 yang tular sejak hujung minggu lalu sehingga kini mendapat lebih 25 ribu perkongsian di Facebook.

ERA Muzik Hit Terkini