Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemimpin Negara Dari Kalangan Wanita Lebih Tegas Berbanding Lelaki - Kajian

Satu kajian yang diterbitkan oleh Pusat Penyelidikan Dasar Ekonomi dan Forum Ekonomi Dunia mendapati negara yang diketuai oleh wanita dikatakan lebih baik dari aspek pengendalian COVID-19.

pemimpin negara dari kalangan wanita lebih tegas berbanding lelaki - kajian

Kajian tersebut memperlihatkan ketua negara wanita mengenakan perintah berkurung lebih awal dari negara lain yang diperintah oleh lelaki. Kesannya, ia mengurangkan jumlah jangkitan dan kematian akibat virus itu.

Advertisement

Kajian ini melibatkan 149 negara dan menunjukkan perbezaan ini sangat nyata dan berkemungkinan besar disebabkan tindak balas dasar proaktif dan sistematik.

"Dapatan menunjukkan pemimpin wanita lebih cepat memberi reaksi dan tegas dalam menghadapi kemungkinan berlaku kematian," Ujar  Supriya Garikipati, seorang ahli ekonomi pembangunan di Universiti Liverpool.

Rekod itu juga membuktikan bahawa pemimpin wanita lebih baik dan penyayang dalam mengendalikan negara.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini