Musim baru Liga Perdana Inggeris 2019/2020 kini kembali dengan menyaksikan banyak perpindahan kelab telah dilakukan.
Pasukan Manchester United yang menamatkan saingan liga ditempat ke-6 musim lalu, kini dilihat sedang mengaturkan strategi mereka dengan membawa masuk beberapa pemain.
Advertisement

Antara pemain yang dibawa masuk adalah seperti Daniel James, Wan Bissaka dan Harry Maguire. Namun tempat yang ditinggalkan Romelu Lukaku, Ander Herrera dan Marouane Fellaini masih belum dipenuhi.

Namun, menerusi laman Twitter @OttisSnr beliau nyata berang dengan perpindahan musim kali ini sambil menyifatkan bahawa pasukan Manchester United masih ditahap yang sama seperti musim lalu, malah mungkin lebih teruk lagi.

Dear @ManUtd . I'm heartbroken. My beloved club has become a laughing stock all because of that man #Woodward. I'm watching the coming season as a neutral. I've no strength to witness the repeat of last season 💔😡 #WoodwardOut pic.twitter.com/XoMchM7efN
— GloryBoy® (@OttisSnr) August 8, 2019
Video berkenaan nyata mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.
Tag sikit peminat Man. United?