Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Man. United Tewas Lagi Di Laman Sendiri, Peminat Seluruh Dunia Seru Ole Keluar

Pasukan ditangga ke-13 liga, Burnley mencatatkan sejarah tersendiri selepas berjaya menewaskan pasukan Manchester United di Old Trafford dengan 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Advertisement

Kekalahan pasukan Ole Gunnar Solskjaer ini mengundang mimpi ngeri dan semakin jauh dalam sasaran mengejar slot empat pasukan terbaik yang membolehkan mereka bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

pengurus pasukan kata manchester united kini berada di landasan yang betul

Walaupun Manchester United menguasai bola atas padang, itu tidak menjamin kemenangan buat pasukan ini, menyebabkan Manchester United kini berada ditangga kelima dengan enam mata di belakang Chelsea.

man. united tewas lagi di laman sendiri, peminat seluruh dunia seru ole keluar

Menjengah kelaman Twitter, tandapagar #OleOut telah menjadi trending diseluruh dunia yang rata-ratanya menyeru agar pengurus pasukan ini meletakkan jawatan ekoran daripada kekalahan berturut-turut pada musim kali ini.

Tag sikit rakan anda yang Manchester United.

ERA Muzik Hit Terkini