Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pecah Rekod Dunia! Pemuda Kumpul 20,000 Koleksi Permainan Restoran Makanan Segera

Seorang pelukis grafik, Percival Lugue mempunyai minat yang mendalam untuk mengumpul permainan percuma daripada pelbagai restoran makanan segera.

Pemuda kelahiran Filipina ini sudah mula mengumpul permainan sejak berumur lima tahun dan pernah memegang rekod dunia, Guinness World Record pada 2014.

Advertisement

pecah rekod dunia! pemuda kumpul 20,000 koleksi permainan restoran makanan segera

Kini, Percival yang berusia 50 tahun itu telah mempunyai lebih 20,000 ribu permainan sehingga memenuhi ruang rumahnya.

“Setiap permainan itu ada ceritanya sendiri. Contohnya, ada yang memberi saya ketenangan apabila melihatnya, ada juga cerita ketika saya terlibat kemalangan saat memiliki permainan tersebut,” katanya.

pecah rekod dunia! pemuda kumpul 20,000 koleksi permainan restoran makanan segera

Percival sanggup membina rumah yang dikhaskan untuk menyimpan semua koleksi permainan miliknya.

Kebanyakan koleksi permainannya di sini dibeli atas hasil usahanya sendiri dan ada juga beberapa permainan yang diberi ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Saya suka mengajak rakan-rakan untuk makan makanan segera di dalam rumah saya dan duduk sambil menghabiskan makanan saya setelah peroleh permainan percuma tersebut,” ujarnya.

pecah rekod dunia! pemuda kumpul 20,000 koleksi permainan restoran makanan segera

‘Hetty Spaghetti’ merupakan permainan yang menjadi kesayangan pemuda ini kerana permainan itu diberikan ibunya pada tahun 1988 daripada sebuah restoran makanan segera di Filipina.

Kini, Percival mempunyai hasrat untuk mempamerkan koleksi permainannya kepada orang awam atau membuka muzium untuk mereka melawat dan mengimbau kembali detik ketika kanak-kanak.

Sumber: Reuters

ERA Muzik Hit Terkini