Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pemuda OKU Dapat Jumpa Pemain Harimau Malaya di Qatar

Umum mengetahui bahawa dunia sekarang dan peminat bola sepat tertumpu dengan benua Asia yang sedang berebut mengejar Piala Asia. Negara Malaysia juga tidak terkecuali kerana pasukan Harimau Malaya juga turut terlibat dalam aksi sengit ini.

Apa yang menarik perhatian orang ramai apabila salah seorang penyokong Harimau Malaya, Muhammad Ridzwan yang cacat penglihatan menjadi tumpuan orang ramai. Walaupun kekurangan fizikal, namun tidak mematahkan semangatnya untuk memberi sokongan penuh buat pasukan Harimau Malaya di Qatar dan sanggup untuk terbang negara tersebut untuk memberikan sokongan. 

Advertisement

Atas semangat yang luar biasa itu, pemain Harimau Malaya sempat menyantuni pemuda ini sebelum turun ke padang untuk membuat latihan. Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon juga turut meluangkan masa dengan pemuda bertuah ini.

Pertemuan ini merupakan satu inisiatif yang telah diatur oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai tanda penghargaan buat Muhammad Ridzwan.

Sumber Awani

ERA Muzik Hit Terkini