Masyarakat kita memang terkenal dengan pelbagai kaum, agama dan bangsa yang duduk bersama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menerusi akaun Facebook Baq Kapeloww, tular satu kisah seorang pemuda yang juga rakannya tidak sengaja terlanggar kereta seorang lelaki berbangsa Cina.
Advertisement

Pemuda tersebut yang berkerja sebagai penghantar makanan telah melanggar kereta seorang lelaki berbangsa Cina dan mengalami sedikit kerosakkan pada kereta.

Namun sebaliknya berlaku apabila lelaki Cina itu tidak mengendahkan kerosakkan keretanya, malah bertindak membawa pemuda itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan.


Tindakan lelaki ini mendapat pujian dan komen positif daripada orang ramai dilaman sosial.


Sumber: Facebook Baq Kapeloww
