Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘‘Malaysia Sejuk Macam London Bulan Februari Ni?,’’ Ini Jawapan MetMalaysia

Sejak hujung minggu lalu, kecoh dilaman sosial apabila wujud dakwaan kononnya Malaysia akan dilanda cuaca sejuk sama seperti kota London, menjelang Februari depan.

‘‘malaysia sejuk macam london bulan februari ni?,’’ ini jawapan metmalaysia

Justeru, Jabatan Metorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan tersebut sambil menyifatkan ia adalah maklumat palsu dan berita yang disebarkan adalah dari tahun 2016.

Advertisement

Menurutnya, keadaan cuaca sejuk yang sedang dialami kebanyakkan kawasan Semenanjung, terutama Pantai Timur dan Pantai Barat ketika ini adalah disebabkan keadaan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari, akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

"Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas, turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa," menurut kenyataan itu.

‘‘malaysia sejuk macam london bulan februari ni?,’’ ini jawapan metmalaysia

Pada 3 Januari lepas, suhu harian minimum terendah direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor iaitu pada bacaan 21 hingga 22 darjah Celsius, dan keadaan itu adalah biasa apabila hujan serta mendung berlaku sepanjang hari.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

ERA Muzik Hit Terkini