Jumlah kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kini semakin bertambah selepas 117 lagi kes baru dilaporkan hari ini, 18 Mac 2020.
Penambahan itu menjadikan jumlah kes keseluruhan di Malaysia sebanyak 790 kes dengan 15 daripadanya sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Advertisement

80 daripada kes baru yang direkodkan hari ini adalah berkaitan dengan kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling.



Setakat hari ini juga, sudah 60 pesakit pulih daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj di Malaysia.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: KKM