Individu yang tidak bertanggungjawab mencuri sebuah khemah yang digunakan untuk saringan COVID-19 diminta untuk tampil membuat saringan kesihatan kerana berisiko terkena jangkitan.
Itu yang terjadi di Auckland, New Zealand selepas sebuah khemah yang digunakan diluar sebuah hospital untuk saringan COVID-19 telah hilang.
Advertisement

Memetik laporan Facebook Polis New Zealand, Ketua Penyelamat Kesihatan Timur, Loretta Hansen berkata, mereka sedar akan kehilangan khemah itu sewaktu tiba awal pagi untuk memulakan proses saringan.
"Pancang khemah itu dipotong menggunakan gergaji tetapi pencuri itu tetap bodoh kerana mencuri khemah yang digunakan untuk menyaring pesakit," kata Hansen.
Selain itu, pihak polis juga merayu agar pencuri untuk memulangkan khemah tersebut dan secara sukarela menjalani ujian saringan COVID-19 kerana telah meletakkan risiko mereka daripada dijangkiti juga.
Sumber: Awani