Satu kajian oleh National Institute of Informatics (NII) di Jepun telah mendedahkan, cap jari seseorang kini boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil daripada jarak tiga meter jauhnya.

Advertisement
Dipetik daripada laman rasmi Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), penggodam kini boleh mendapatkan cap jari seseorang hanya melalui foto yang diambil daripada akaun media sosial seseorang.
Cap jari yang menjadi identiti unik individu boleh digunakan oleh penggodam bagi mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang seperti maklumat bank dan lain-lain.

Pengguna dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika memuatnaik sebarang gambar, khususnya di media sosial.