Lima orang perompak bukan sahaja tidak berjaya membawa pulang apa-apa hasil rompakan, malah mereka juga bernasib malang apabila memecah masuk rumah pesakit COVID-19.
Kejadian yang belaku di Indonesia itu apabila lima pencuri ini pada awalnya telah memeriksa sebuah rumah tanpa penghuni. Perompak ini juga tidak mengetahui tujuan mengapa pemilik itu berada diluar bandar.
Advertisement

Tanpa usul periksa, kelima-lima pencuri ini memecah masuk rumah berkenaan, namun berjaya dihidu pihak berkuasa sebelum menangkap mereka.
Selepas diberkas dengan hasil rompakan sebanyak 15 gram emas dan wang tunai sekitar RM6,000, baru mereka tahu tuan rumah berkenaan sebenarnya seorang pesakit yang juga positif COVID-19. Ekoran daripada itu, kelima-lima perompak berkenaan telah dihantar untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bagi menentukan sama ada mereka dijangkiti wabak berkenaan mahupun sebaliknya.

Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Sumber : Kompas