Bagi membanteras penularan wabak COVID-19, kini lebih 3 bilion penduduk dunia di hampir 70 negara serta wilayah patuh kepada arahan 'duduk rumah'.

Negara-negara di serata dunia seperti Argentina, Britain, Perancis, India, Itali, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Panama juga telah melakukan perintah kuarantin.
Advertisement


Dikebanyakkan negara seperti Malaysia, beberapa sektor penting dibenarkan untuk beroperasi dan rakyat masih lagi dibenarkan untuk keluar membeli keperluan dan mendapat rawatan perubatan. Rusia pula mengisytiharkan minggu depan sebagai minggu tidak bekerja.
Melihat kepada beberapa foto dunia ketika ini, jelas dilihat keadaan tidak sama seperti sebelum ini kerana masyarakat dunia sudah mulai patuh kepada arahan duduk rumah bagi bersama-sama membanteras penularan wabak COVID-19.





Diharapkan agar wabak COVID-19 ini dapat dihentikan dengan segera.
Sumber: Sinar Harian / Awani / Instagram @siva_wwc