Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Di New Zealand Terkejut Nampak Imej Ganjil Di Langit Malam

Penduduk New Zealand dikejutkan dengan kemunculan objek ganjil di langit pada malam Ahad lalu jam 7.28 malam.

Malah, imej ganjil itu merupakan lingkaran yang berwarna putih yang jelas kelihatan dan ramai penduduk yang tinggal berdekatan South Island telah merakamkan gambar tersebut.

Advertisement

penduduk di new zealand terkejut nampak imej ganjil di langit malam

Banyak perkongsian rakaman gambar itu disiarkan di akaun Facebook dan Twitter tetapi ramai yang membuat spekulasi bahawa fenomena itu akibat daripada buatan manusia.

Menurut Persatuan Astronomi New Plymouth, pihaknya menjelaskan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut.

Ia menyatakan lingkaran itu berkemungkinan besar disebabkan oleh pembuangan bahan api daripada pelancaran roket SpaceX.

Tambahnya, kesan yang sama juga dikesan oleh satelit Globalstar 2 FM15 yang dibawa roket Falcon 9 milik SpaceX berkemungkinan telah melepasi New Zealand sekitar masa itu.

Syarikat SpaceX yang dimiliki bilionair terkaya dunia, Elon Musk telah melancarkan tiga roket Falcon 9 sejak beberapa hari lalu dengan membawa sejumlah 55 satelit ke angkasa lepas.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini