
Sumber: Sinar Harian
Advertisement
Entah mana datangnya ratusan telefon pintar terapung di laut di daerah Paritiga, Bangka Barat. Ratusan telefon pintar pelbagai jenama itu ditemui oleh nelayan.
"Kalau kelmarin jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit...ada Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.
"Gara-gara penemuan ini, jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat kerana diberitahu telefon pintar terbabit dijual dengan harga yang cukup murah," kata ketua Kampung Teluk Rimau.
Tiada siapa yang tahu dari mana datangnya teleton tu semua, namun besar kemungkinan dari Kepulauan Riau.
