Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Wuhan Bersyukur Boleh Kembali Shopping Lepas Berkurung Lama Dirumah

Selepas beberapa bulan melaksanakan perintah kuarantin, kini beberapa kedai dan pasaraya di Wuhan sudah kembali beroperasi semula.

penduduk wuhan bersyukur boleh kembali shopping lepas berkurung lama dirumah

Meskipun penduduk masih merasa janggal dan kekok untuk keluar dan membeli belah di pasaraya, nyata itu sudah cukup membuatkan mereka rasa bersyukur.

Advertisement

Menurut salah seorang pelanggan di pusat membeli belah Chuhe Hanjie di Wuhan, beliau rasa sangat gembira sehingga mahu menangis selepas kini boleh melakukan aktiviti beli-belah kerana sudah duduk rumah terlalu lama.

penduduk wuhan bersyukur boleh kembali shopping lepas berkurung lama dirumah

Walaupun begitu, mereka masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan proses saringan suhu badan dan mencuci tangan sebelum pelanggan dibenarkan masuk ke dalam kedai.

Pelanggan juga perlu memakai topeng penutup mulut dan hidung selain patuh kepada langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan.

Turut menyentuh perasaan adalah, sebuah skrin besar dengan paparan "Wuhan, Kami Kembali Semula, Terima Kasih" di luar pusat beli-belah tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, China mencatatkan 81,470 kes jangkitan COVID-19 dengan 75,500 daripadanya telah pulih.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini