Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penemuan Arca Berbentuk Manusia Oleh Dr. Nasha Rodziadi Khaw Dan Pasukannya

Lands-P-4.png

Penemuan arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah oleh pasukan penyelidik tempatan diketuai Dr. Nasha Rodziadi Khaw itu adalah kerjasama antara Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dari 21 April hingga 21 Mei lepas.

Advertisement

Penemuan arca berkenaan membuktikan bahawa kawasan itu sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Roslan Abdul Rahman berkata penemuan oleh pasukan penyelidik Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), USM, itu menjadi aset arkeopelancongan dan tarikan pelancong untuk datang ke Kedah.

"Yang kita jumpa adalah lebih tua daripada Angkor Wat dan Borobudur. Itu yang menarik buat kami”, ujar beliau.

Tambah beliau, penemuan penting di tapak adalah sebuah arca Buddha bersaiz manusia yang diperbuat daripada stuko, iaitu sejenis bahan campuran kapur, air dan pasir yang ditemukan di dinding utara candi itu.

Sebagai langkah keselamatan dan penyelidikan lanjutan, relik berkenaan telah dibawa keluar dari tapak di Bukit Choras dan ditempatkan di makmal PPAG USM buat sementara bagi kerja-kerja konservasi secara menyeluruh.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini