Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syarikat Tawar ‘Penerbangan Palsu’ Buat Mereka Yang Mengidam Nak Travel

Akibat daripada pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda dunia ketika ini, industri pelancongan adalah antara yang terjejas teruk dan menghalang orang ramai daripada pergi melancong ke luar negara.

Disebabkan itu, satu pakej menarik ditawarkan oleh China Airline dan EVA Air kepada mereka yang mengidam untuk melancong, iaitu dengan melakukan penerbangan palsu.

Advertisement

Menurut Daily Star, pakej penerbangan palsu itu ditawarkan di Taipei dengan proses bermula daripada membeli tiket, memeriksa barang, duduk atas kapal terbang untuk tempoh dua jam bagaikan ‘departure’ dan seterusnya ‘arrival’.

syarikat tawar ‘penerbangan palsu’ buat mereka yang mengidam nak travel

Mereka yang sudah membeli tiket akan melalui pos keselamatan dan imigresen bagi pemeriksaan bagasi. Kemudian, penumpang akan masuk ke dalam pesawat sambil disambut oleh pramugari, sama seperti penerbangan biasa.

syarikat tawar ‘penerbangan palsu’ buat mereka yang mengidam nak travel

Cumanya, penerbangan palsu ini tidak disediakan makan minum sebaliknya penumpang bebas mengambil gambar dalam pesawat, seolah-olah sedang terbang.

syarikat tawar ‘penerbangan palsu’ buat mereka yang mengidam nak travel

Pesawat yang menempatkan penumpang bagi ‘penerbangan palsu’ ini hanya berada dilapangan terbang selama dua jam.

syarikat tawar ‘penerbangan palsu’ buat mereka yang mengidam nak travel

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini