Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengantin Sibuk Buat Sesi Fotografi Terjun Sungai Selamatkan Kanak-Kanak OKU

Seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang telah lemas di dalam sungai diselamatkan seorang pengantin lelaki.

Video yang tular di laman media sosial itu mendapat perhatian warganet apabila melihat tindakan pengantin lelaki itu yang pantas terjun ke dalam sungai.

Advertisement

pengantin sibuk buat sesi fotografi terjun sungai selamatkan kanak-kanak oku

Menerusi perkongsian Anipp Ahmad, dia memaklumkan kejadian berlaku apabila kanak-kanak OKU tersebut berlari keluar dari kereta ibu bapanya dan terus melompat ke dalam sungai.

Pengantin lelaki tersebut melihat insiden tersebut berlaku berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Anak Bukit ketika dia sedang melakukan sesi fotografi perkahwinan di kawasan tersebut.

pengantin sibuk buat sesi fotografi terjun sungai selamatkan kanak-kanak oku

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan dapat naik ke darat dengan selamat.

Tambahnya, ibu bapa kanak-kanak tersebut dilihat begitu cemas dan celaru apabila menyaksikan tindakan anaknya terjun ke sungai.

Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi yang berlaku dan ramai memuji tindakan pengantin lelaki tersebut yang pantas membantu kanak-kanak OKU itu.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini