Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Macam Kena Histeria, Pengantin Perempuan Menangis Bekas Kekasih Jadi Pengapit

Baru-baru ini tular video menunjukkan seorang pengantin perempuan menangis seperti terkena histeria apabila mengetahui bekas kekasihnya datang ke majlis pernikahannya dan menjadi pengapit.

macam kena histeria, pengantin perempuan menangis bekas kekasih jadi pengapit

Berdasarkan rakaman, pengantin perempuan itu pada mulanya berdiri bersama sekumpulan pengiring pengantin dengan memakai kebaya hitam.

Advertisement

Keadaan yang pada mulanya tenang tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila pengantin perempuan menoleh ke belakang dan melihat bekas kekasihnya sedang memegang payung, menjadi pengapit kepada pengantin lelaki.

Dek kerana tidak dapat mengawal emosi, pengantin perempuan itu menangis sekuat hati seperti terkena histeria.

macam kena histeria, pengantin perempuan menangis bekas kekasih jadi pengapit

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by smartgram (@smart.gram) on

Menurut laporan, pengantin perempuan itu terpaksa berkahwin dengan lelaki lain selepas hubungannya bersama teman lelaki tidak mendapat restu daripada keluarga.

Video yang tidak diketahui lokasinya itu kini menjadi tular di laman sosial dengan pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.

Sumber: Instagram

ERA Muzik Hit Terkini