Pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan di udara untuk mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam memutuskan penularan wabak COVID-19.

Advertisement
Memetik laporan BBC, pasangan tersebut menyewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan dengan menjemput 160 tetamu.
Pihak berkuasa sedang meneliti dan menyiasat perkara itu setelah rakaman majlis tersebut tular di akaun media sosial.
Rakesh-Dakshina from Madurai, who rented a plane for two hours and got married in the wedding sky. Family members who flew from Madurai to Bangalore after getting married by SpiceJet flight from Bangalore to Madurai. #COVID19India #lockdown @TV9Telugu #weddingrestrictions pic.twitter.com/9nDyn3MM4n
— DONTHU RAMESH (@DonthuRamesh) May 23, 2021
Tambahnya, pesawat itu dipercayai berlepas dari Tamil Nadu yang mengehadkan bilangan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 jemputan sahaja.
Susulan tindakan itu, seorang anak kapal yang bertugas di pesawat ketika kejadian telah digantung kerja.
Menurut syarikat penerbangan, pasangan berkenaan telah diberitahu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan syarikat berkenaan ketika membuat tempahan serta melarang anjurkan sebarang majlis di dalam pesawat.
Sumber: BBC