Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pasangan Dari Indonesia Adakah Majlis Nikah Sebelah Jasad Bapa

Baru-baru ini, sepasang pasangan dari Indonesia telah menjadi tular gara-gara mengadakan majlis pernikahan bersebelahan dengan jasad bapa yang baru sahaja meninggal dunia.

pasangan dari indonesia adakah majlis nikah sebelah jasad bapa

Memetik laporan Tribun, pengantin lelaki Romadhony Putra Pratama dari Kota Samarinda, Indonesia mahu mengabdikan detik-detik indah pernikahannya bersama bapa meskipun dia telah pun meninggal dunia.

Advertisement

Dikatakan bapanya meninggal dunia pada 10 Julai lalu akibat serangan jantung ketika sedang bersukan.

Selang lima jam selepas si bapa meninggal dunia, Romadhony dan pasangan nekad mahu meneruskan pernikahan dalam majlis yang sama, sambil ditemani jasad bapanya.

pasangan dari indonesia adakah majlis nikah sebelah jasad bapa

Jelasnya lagi, ia adalah sebagai tanda hormat kepada bapanya yang selama ini mahu menyaksikan pernikahanya sekali seumur hidup.

“Meskipun hanya rohnya sahaja, saya yakin bapa masih ada disini dan mampu menyaksikan pernikahan saya”, kata Romadhony.

Sumber: Detik News

ERA Muzik Hit Terkini