Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengantin Lelaki Selepas Peluk Bekas Kekasih di Majlis Pekahwinannya

Sumber: mStar

Advertisement

Memang aksi berani mati apabila seorang pengantin lelaki bertindak turun daripada pelamin dan memeluk bekas kekasihnya. 

Majlis perkahwinan seorang lelaki berusia 20 tahun, Nokies Febrianto jadi viral gara-gara videonya pengsan selepas memeluk bekas kekasihnya. Febriantio mengejutkan tetamu yang hadir apabila dia turun daripada pelamin dan terus memeluk seorang wanita yang sedang menyanyi di majlis perkahwinannya. 

Wanita tersebut merupakan bekas kekasihnya, Novi. Febrianto pengsan selama 30 minit dalam pelukan wanita tersebut. 

"Saya seperti terpukau dengan Novi ketika dia menyanyikan lagu 'Balo Lipa'. Saya rasa sedih dan kesal tetapi saya tidak berfikir apa-apa ketika saya turun dan memeluknya," kata Febrianto kepada Detik.

Bagaimanapun menurut Febrianto, hubungannya dengan isteri Anhy baik-baik sahaja dan isterinya memahami keadaan itu. Febrianto dan Novi sebelum ini berhubungan selama setahun namun hubungan mereka tidak direstui keluarga. 

Jadi, Novi menerima tawaran untuk bernyanyi di majlis Febrianto kerana hubungannya masih baik dengan ibu bapa Febrianto. 

"Saya lihat wajah Novi dan dia begitu cantik pada hari itu, wajahnya bersinar. Malah saya juga terpukau, apalagi suami saya," jelas Anhy kepada Detik.

pengantin lelaki selepas peluk bekas kekasih di majlis pekahwinannya

pengantin lelaki selepas peluk bekas kekasih di majlis pekahwinannya

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini