Jenazah mangsa wabak COVID-19 yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Johor Bahru.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu tiba di kawasan perkuburan sekitar jam 8.15 malam tadi.
Advertisement

Kira-kira 10 petugas dipercayai kakitangan hospital lengkap berpakaian perlindungan dilihat sedang menguruskan jenazah, manakala isteri dan anak allahyarham tidak dibenarkan terlibat kerana masih lagi dikuarantin di Hospital Permai.

Malah pengamal media juga tidak dibenarkan berada berhampiran kawasan perkuburan dan diminta untuk menjarakkan diri pada kedudukan 50 meter.
Allahyarham merupakan pesakit ke-178 di Malaysia daripada kluster jangkitan perhimpunan tabligh di Masjid Jamek, Sri Petaling. Beliau dilaporkan mulai demam pada 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai pada 12 Mac lepas.
Al-Fatihah.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani