Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengembara Ini Sekali Lagi Puji Malaysia, Siap Senaraikan 15 Cara Mustahil Kita Mampu Buat

Baru-baru ini, seorang pengembara dan juga bekas doktor gigi telah memuatnaik video di Facebook, menceritakan tentang kehebatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Pfundheller, terdahulu merasa sedikit kesal kerana tidak perasan akan kecekapan negara ini dalam menangani pandemik COVID-19.

Advertisement

mat saleh puji cara malaysia tangani covid-19,

"Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak.

"Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini," kata Pfundheller.

Selepas tularnya video pertama, Pfundheller sekali lagi berkongsi kehebatan Malaysia menerusi video kedua, kali ini menceritakan lebih terperinci tentang keupayaan Malaysia dalam mengharungi penyebaran wabak berjangkit ini.

pengembara ini sekali lagi puji malaysia, siap senaraikan 15 cara mustahil kita mampu buat

Menurut beliau, meskipun pada awalnya Malaysia mempunyai 3 kali ganda jumlah kes jangkitan COVID-19 berbanding negara-negara di Asia Tenggara, selepas tindakan pantas dan bijak oleh negara ini, kini Malaysia menjadi antara negara paling selamat di dunia.

pengembara ini sekali lagi puji malaysia, siap senaraikan 15 cara mustahil kita mampu buat

Video kedua oleh lelaki ini juga menjadi tular dan mendapat lebih dari 2 juta tontonan di Facebook.

Sumber: Other Side of the Truth

ERA Muzik Hit Terkini