Baru-baru ini, pelancaran gajet terbaharu keluaran Apple telah dilancarkan termasuk perisian Apple iOS 15 yang membawa ciri-ciri baharu seperti penggunaan FaceTime bersama pengguna-pengguna yang tidak menggunakan iPhone atau peranti Apple.

Advertisement
Menurut Apple Support, iOS 15 dan iPadOS 15 membolehkan pengguna untuk membuat panggilan FaceTime, dan seterusnya berkongsi pautan kepada rakan-rakan untuk menyertai panggilan melalui pelayar web.
Ciri baharu ini juga memudahkan pengguna iPhone untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan yang menggunakan Android dan juga Windows melalui FaceTime.

Malah, penggunaan FaceTime dilihat akan lebih meluas dan para pengguna tidak lagi perlu mencari platform lain jika mahu berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan secara panggilan video.
FaceTime, now with more faces. 🤩
— Apple Support (@AppleSupport) September 20, 2021
In iOS 15 and iPadOS 15, you can send a FaceTime link that people can join from a compatible web browser on an Android or Windows device. Here’s how: https://t.co/CzJSb2qu6R pic.twitter.com/0087KB4T9b
Sumber: Apple Support