Akibat daripada pembelian panik yang dilakukan oleh rakyat Malaysia berikutan penularan wabak COVID-19, perkhidmatan penghantaran barangan runcit secara atas talian telah digantung buat sementara waktu.

Selepas kerajaan mengumumkan pengiatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 hingga 31 Mac, pesanan dalam talian melonjak naik menyebakan pasaraya tempatan terpaksa menggantung sementara penghantaran dalam talian sehingga notis selanjutnya.
Advertisement
Menurut Jaya Grocer, pihaknya kini sedang menyelesaikan penambahan stok bahan agar ia cukup kepada pelanggan.
"Kami sedang menghadapi peningkatan yang besar dalam pesanan membabitkan perkhidmatan penghantaran dalam talian kami dan kami faham sebahagian daripada pelanggan mungkin mengalami pengalaman membeli-belah dalam talian yang kurang memuaskan," katanya
Selain itu, Lazada Malaysia turut mengalami lonjakan dalam pesanan sejak Ahad lalu, bukan sahaja barangan runcit, malah berlaku permintaan bagi peralatan aksesori komputer seperti kamera untuk telesidang kerana lebih ramai yang perlu bekerja dari rumah.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Wira Ameer Ali Mydeen berkata pihaknya juga terpaksa menghadkan jualan barang-barang seperti beras, gula, minyak masak, biskut, makanan dalam tin seperti sardin dan makanan beku memandangkan permintaannya sangat tinggi ketika ini.
Sumber: Bernama