Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pengkaji Kesan Pesakit COVID-19 Dari Hanya Bunyi Batuk Pada Telefon

Wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia kini mencecah 50 juta jangkitan di seluruh dunia. Ancaman wabak ini nyata telah membuatkan banyak negara terjejas selagi vaksinnya belum ditemui.

Menyedari akan bahaya wabak maut ini, sekumpulan pengkaji dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), Carnegie Mellon University dan Cambridge University telah berjaya mengesan pesakit COVID-19 dengan hanya melalui bunyi batuk sahaja.

Advertisement

pengkaji kesan pesakit covid-19 dari hanya bunyi batuk pada telefon

Pengkaji telah membangunkan aplikasi mengesan COVID-19 dengan bantuan kecerdasan buatan (AI), berupaya mengesan orang yang dijangkiti yang ada gelaja dan orang yang tidak menunjukkan sebarang simptom ataupun asimptomatik.

pengkaji kesan pesakit covid-19 dari hanya bunyi batuk pada telefon

Menariknya, 98.5% pesakit yang bergejala telah berjaya dikesan mempunyai COVID-19, dan 100% pesakit bagi kes asimptomatik (batuk secara rahsia).

Sebanyak 70,000 sample audio telah diuji, dimana 2,500 daripadanya positif COVID-19.

pengkaji kesan pesakit covid-19 dari hanya bunyi batuk pada telefon

Sekiranya pihak berkuasa Amerika Syarikat membenarkan teknologi pengesanan audio ini digunakan pada peranti mudah alih, ia pasti boleh mempercepatkan proses pengesanan individu yang dijangkiti COVID-19 dimasa akan datang.

Sumber: Jurnal OJEMB

ERA Muzik Hit Terkini