Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penguin Kini Bebas Dari Kurungan Lepas Zoo Tiada Pengunjung Akibat COVID-19

Ketika ramai rakyat Singapura diminta untuk kekal berada dalam rumah masing-masing ekoran daripada penularan pandemik COVID-19, sekumpulan penguin kini dibiarkan bebas untuk keluar seketika.

penguin kini bebas dari kurungan lepas zoo tiada pengunjung akibat covid-19

Sejak pelaksanaan Circuit Breaker (CB) di Singapura, kesemua zoo di negara berkenaan kini tidak mempunyai pelancong dan hanya sunyi sepi. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah buat sekumpulan penguin ini.

Advertisement

penguin kini bebas dari kurungan lepas zoo tiada pengunjung akibat covid-19

Pihak zoo memberi peluang kepada penguin-penguin ini untuk keluar daripada kurungan mereka 2-3 kali seminggu, dan dibenarkan bermain disekitar zoo dan taman permainan tanpa ada sebarang gangguan.

penguin kini bebas dari kurungan lepas zoo tiada pengunjung akibat covid-19

Sementara penjaga zoo mengawai kesemua penguin ini bermain, ia secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman dan suasana baru kepada spesis yang semakin terancam itu.

Baru-baru ini juga, puluhan ekor gajah telah dibenarkan untuk bebas selepas bertahun-tahun menjadi tunggangan pelancong di Thailand.

puluhan gajah tunggang akhirnya bebas lepas bisnes merosot akibat covid-19

Sumber: Wildlife Reserves Singapore

ERA Muzik Hit Terkini