Siapa sangka keseronokkan yang dirasai bertukar menjadi tragedi selepas buaian di taman tema mengalami masalah teknikal, menyebabkan sekumpulan pengunjung tergantung di udara selama lebih dua jam.

Kejadian berlaku di taman tema di Gloucestershire, England pada Isnin lepas, dipercayai disebabkan masalah teknikal.
Advertisement
Ia menyebabkan empat individu terperangkap atas permainan itu pada ketinggian lebih 25 meter.

Mangsa yang berjaya diturunkan selepas bomba tiba dikawasan kejadian pada jam 5.15 petang, turut mengalami trauma dan ketakutan, namun tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Menurut jurucakap taman tema itu, kejadian ini akan disiasat dan akan memastikan ia tidak lagi berlaku pada masa akan datang.
Insiden yang melibatkan buaian bukanlah pertama kali terjadi kerana insiden yang hampir sama pernah berlaku di Florida dan juga di Uzbekistan, tahun lalu.
Sumber: Daily Star