Pengurusan kes Hafizul Harawi yang disyaki terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ditetapkan di Mahkamah Sesyen di sini, pada 25 Julai depan.
Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan memutuskan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan mereka memerlukan masa sebulan untuk melengkapkan dokumen berkaitan kes.
Advertisement
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin berkata, susulan itu, pihaknya memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi tujuan tersebut.
Sementara itu, peguam, Hafizul Nik Azim Azlan yang mewakili tertuduh tidak membantah perkara berkenaan.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju T dan berseluar berwarna putih dibawa ke mahkamah pada jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Sumber Sinar Harian