Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Peniaga Bergaduh Di Medan Renong, Tak Puas Hati ‘Curi’ Pelanggan Dan Ungkit Dendam Lama

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan beberapa individu bergaduh di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama, malam Selasa lalu.

Punca pergaduhan tersebut dilaporkan adalah disebabkan berebut pelanggan dan dendam lama antara peniaga.

Advertisement

peniaga bergaduh berebut di medan renong, tak puas hati ‘curi’ pelanggan dan dendam lama

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga susulan kejadian itu.

Tambahnya, lelaki berkenaan didakwa berlaku perselisihan faham antaranya dengan lima lelaki lain sehingga tercetusnya perbalahan.

Malah, dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu juga merupakan adiknya manakala tiga lagi adalah sepupunya.

peniaga bergaduh berebut di medan renong, tak puas hati ‘curi’ pelanggan dan dendam lama

Lebih merisaukan apabila kedua-dua pihak dikatakan menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata untuk bergaduh sehingga mengalami kecederaan ringan iaitu luka dan calar pada badan.

Kesemua mereka telah pun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk memberi keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Sumber: Astro Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini