Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penolong Jurulatih Terpaksa Jaga Gawang Lepas Semua Penjaga Gol Positif COVID-19

Pasukan bolasepak negara Ukraine terpaksa menggunakan khidmat penolong jurulatih mereka yang berusia 45 tahun bagi menjaga gawang selepas ketiga-tiga goalkeeper mereka positif COVID-19.

penolong jurulatih terpaksa jaga gawang lepas semua penjaga gol positif covid-19

Advertisement

Andriy Pyatov, Andriy Lunin dan Yuriy Pankiv disahkan positif wabak berkenaan, menyebabkan penolong jurulatih, Oleksandr Shovkovskiy terpaksa menjaga gawang pasukan buat sementara waktu.

Mujur Shovkovskiy dahulu adalah seorang penjaga gol pasukan Dunamo Kiev yang telah bersara tahun 2016, sebelum kini menjadi penolong jurulatih pasukan negara Ukraine.

penolong jurulatih terpaksa jaga gawang lepas semua penjaga gol positif covid-19

Dalam aksi persahabatan baru-baru ini menentang Perancis, Ukraine bagaimanapun telah dibelasah teruk 7-1.

Sumber: Goal.com

ERA Muzik Hit Terkini