Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penonton Tegur Benjolan Pada Leher, Wartawan Ini Baru Tahu Ada Kanser

Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran di Florida, Victoria Prince telah dihubungi seorang penonton yang menegur tentang benjolan yang terdapat pada lehernya. 

ditegur tentang benjolan di leher, wartawan ini baru tahu dia ada kanser selepas dihubungi seorang penonton

Difahamkan, penonton itu telah menghantar emel kepadanya dengan pesanan agar wartawan itu melakukan pemeriksaan.

Advertisement

Tulisnya, "Hai, saya baru saja melihat laporan berita anda. Apa yang membimbangkan saya adalah benjolan di leher anda.

"Sila periksa tiroid anda kerana ia mengingatkan saya pada leher saya. Akhirnya saya menghidap barah. Jaga diri kamu".

ditegur tentang benjolan di leher, wartawan ini baru tahu dia ada kanser selepas dihubungi seorang penonton

Prince kemudiannya ke hospital melakukan beberapa ujian sebelum mendapati dia menghidap kanser tiroid. Malah, kanser itu dikatakan telah merebak ke bahagian kelenjar.

penonton tegur benjolan pada leher, wartawan ini baru tahu ada kanser

Prince dilaporkan akan menjalani pembedahan dan dia juga akan melakukan CT scan dan biopsi untuk memastikan kanser itu tidak merebak.

Menerusi laporan CNN, Prince dikatakan telah membalas emel wanita tersebut dan mengucapkan terima kasih.

ERA Muzik Hit Terkini