Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pensyarah Hina Pelajar B40 Direhatkan Pihak Universiti Dari Tugasan

Seorang pensyarah yang sebelum ini dikatakan menghina seorang pelajar B40, telah direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai hari ini.

pensyarah hina pelajar b40 direhatkan pihak universiti dari tugasan

Menerusi kenyataan di laman media sosial Jabatan Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Roshana Takim akan direhatkan seketika sehingga siasatan lengkap dilaksanakan universiti terbabit.

Advertisement

β€œMesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan semalam mengambil keputusan merehatkan Roshana dari tugasan mulai hari ini hingga siasatan lengkap.

β€œKeputusan ini dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur,” katanya.

Malah, pihak universiti memandang serius terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat sulit sehingga boleh menggugat keselamatan dan nama baik universiti.

Tambahnya, UiTM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut yang sengaja atau tidak sengaja sebarkan maklumat tersebut.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini