Pentagon akhirnya telah mengeluarkan tiga video yang diklasifikasikan sebagai sulit, hasil daripada rakaman oleh pilot US Navy menunjukkan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Memetik laporan The Guardian, Pentagon mengeluarkan tiga pita rakaman itu kepada orang ramai bertujuan bagi menjelaskan kekeliruan mengenai kesahihan video yang pernah tular sekitar 2007 dan 2017 itu.
Advertisement
"Setelah tinjauan menyeluruh, jabatan telah memutuskan bahawa membenarkan pelepasan kepada tiga video yang tidak diklasifikasikan kerana ia tidak mendedahkan kemampuan atau sistem sensitif, dan tidak mempengaruhi penyelidikan selanjutnya mengenai serangan ruang udara tentera oleh fenomena udara yang tidak dikenali itu," kata kenyataan itu pada Isnin.
Tiga video berkenaan menunjukkan juruterbang US Navy sedang menjalani latihan pada 2004 dan 2015. Dua daripada video berkenaan pernah tular dilaman sosial sekitar 2017 oleh New York Times, dan satu lagi oleh Star Academy of Arts and Science, iaitu sebuah badan media organisasi sains swasta.
I’m glad the Pentagon is finally releasing this footage, but it only scratches the surface of research and materials available. The U.S. needs to take a serious, scientific look at this and any potential national security implications. The American people deserve to be informed. https://t.co/1XNduvmP0u
— Senator Harry Reid (@SenatorReid) April 27, 2020
Sumber: The Guardian