Seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut dari feri penumpang ketika dalam perjalanan ke Butterworth pagi ini.

Advertisement
Maklumat diperolehi Bernama dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menyatakan penumpang yang masih belum dapat dikenalpasti identiti itu dilaporkan terjatuh kira-kira 1.5 km ke barat laut Terminal Feri Butterworth kira-kira pukul 9.20 pagi ini.
Operasi mencari dan menyelamat kini masih lagi giat dijalankan.
Sumber: Siakap Keli
