Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesawat Terhempas Di Pakistan, Penumpang Terselamat Dan Ceritakan Apa Jadi

Seorang penumpang yang terselamat dari jet yang terhempas di Karachi pada hari Jumaat (22/5/2020), telah menceritakan bagaimana suasana di kabin sebelum pesawat terhempas.

Pesawat dari Pakistan International Airlines dilaporkan telah terhempas dan terbakar dikawasan perumahan yang yang padat penduduk.

Advertisement

pesawat terhempas di pakistan, penumpang terselamat dan ceritakan apa jadi

Nombor penerbangan PK8303, membawa 99 penumpang dan 8 anak kapal, dikatakan mengalami kerosakan enjin ketika hendak mendarat. Ia diketahui selepas perbualan terakhir antara juruterbang dengan menara Kawalan Lalu Lintas Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi.

Pegawai yang bertugas melaporkan sekurang-kurangnya ada dua orang yang terselamat dari pesawat itu. Namun masih belum diketahui berapa orang yang cedera, dengan sekurang-kurangnya lima rumah musnah.

pesawat terhempas di pakistan, penumpang terselamat dan ceritakan apa jadi

Salah seorang mangsa yang terselamat, Muhammad Zubair, memberitahu Geo TV bagaimana saat dia membuka tali pinggang keselamatannya setelah pesawat terbakar dan melompat dari ketinggian kira-kira 3 meter.

Pengerusi Pakistan International Airlines Arshad Malik pula berkata, proses mencari semua mangsa pesawat terhempas ini memerlukan masa dua hingga tiga hari.

Kemalangan ini juga berlaku beberapa hari selepas Pakistan menyambung semula penerbangan komersil ekoran daripada penutupan akibat pandemik COVID-19.

Sumber: Kompas TV

ERA Muzik Hit Terkini