Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penunggang Basikal Tujuan Riadah Tak Perlu Permit, Bebas Kemana Sahaja

Penunggang basikal kini bebas untuk ke mana sahaja tanpa perlu memohon permit khas.

tak perlu permit, penunggang basikal bebas kemana sahaja

Bagaimanapun, mereka masih perlu untuk patuh kepada semua peraturan jalan raya, sama seperti penunggang motosikal.

Advertisement

Memetik laporan dari Astro Awani, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Assisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, berbasikal untuk tujuan riadah tidak perlu permit kerana kita sudah ada undang-undang dan peraturan yang perlu diikuti.

“Penunggang basikal boleh berjalan di mana-mana sahaja dan tidak perlu permit, tetapi sekiranya nak lalu di lebuh raya contohnya ada marathon, atau acara berbasikal besar-besaran seperti Le Tour de Langkawi perlu mendapat pemakluman untuk kita lakukan kawalan.

“Tetapi bagi yang bertujuan untuk beriadah, tidak perlu permit, kerana kita sudah ada undang-undang dan mereka perlu ikut peraturan.

“Contohnya lampu merah kita berhenti, basikal pun sama. Selain itu perlu ikut lorong yang ditetapkan dan jangan melalui laluan bertentangan,” katanya kepada Astro Awani.

Pengguna basikal juga boleh menggunakan laluan biasa, namun perlu dalam satu barisan dan tidak menghalang laluan pengguna jalanraya yang lain.

“Contohnya di Putrajaya kita sudah menyediakan laluan yang cukup cantik dan tidak ada halangan buat mereka melalui laluan ini.

“Namun kawasan lain sekiranya tiada laluan khas berbasikal, kita boleh berjalan mengikut laluan biasa tetapi perlu dalam satu barisan.

“Ia bagi memastikan perjalanan itu tidak ganggu kenderaan lain yang juga gunakan jalan yang sama. Pastikan tidak berlumba-lumba sehingga mencetuskan kemarahan orang lain,” jelasnya.

Sebelum ini, ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan loceng, lampu dan brek telah diwajibkan kepada pengguna basikal di seluruh negara.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini