Skip to main content

Advertisement

Hiburan

2 Dari 100,000 Orang Hidap Penyakit Darah Pekat, Gatal-Gatal Lepas Mandi Antara Simptomnya

Penyakit darah pekat adalah satu penyakit yang menyebabkan sum-sum tulang anda menghasilkan terlalu banyak sel darah merah. Ia dikenali sebagai polycythemia vera.

2 dari 100,000 orang hidap penyakit darah pekat, gatal-gatal lepas mandi antara simptomnya

Terlalu banyak sel darah merah menyebabkan darah dalam badan anda menjadi terlalu pekat, sehingga ia akan memperlahankan alirannya dalam badan.

Advertisement

Pesakit yang menghidap polycythemia vera secara tidak langsung juga mudah mendapat darah beku, dan ia juga antara kanser darah yang amat jarang berlaku.

2 dari 100,000 orang hidap penyakit darah pekat, gatal-gatal lepas mandi antara simptomnya

Menurut statistik, 2 daripada 100,000 orang di dunia akan menghidap penyakit ini, dan ia lebih banyak ditemui dalam kalangan lelaki berbanding perempuan.

Pesakit polycythemia vera juga berisiko menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti:

  1. Pulmonary embolism – darah beku pada salur darah daripada jantung ke bahagian paru-paru.
  2. Darah pekat – dikenali sebagai deep vein thrombosis (DVT), dimana darah beku terbentuk pada mana-mana urat khasnya pada kaki dan betis, akibatnya ia akan membengkak.
  3. Sakit jantung dan strok.

Mereka yang menghidap polycythemia vera biasanya mempunyai simptom seperti sakit kepala, penat, berpeluh pada waktu malam, penglihatan menjadi kabur, gatal-gatal selepas mandi, dan juga bengkak pada betis.

2 dari 100,000 orang hidap penyakit darah pekat, gatal-gatal lepas mandi antara simptomnya

Sehingga kini, pakar masih belum lagi mengenalpasti punca sebenar polycythemia vera. Malah, ia juga masih tiada penawar dan pesakit terpaksa melakukan rawatan seumur hidup bagi mengawal penyakit ini.

Kebiasaannya, pesakit polycythemia vera dinasihatkan untuk sentiasa aktif bagi meningkatkan kadar degupan jantung yang dapat membantu melancarkan peredaran darah.

Sumber: Hello Doktor

ERA Muzik Hit Terkini