Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Masa Anda Tunjuk Bakat Jadi Penyampai Radio Dan Join Family ERAvengers

Hujung tahun 2014 merupakan tahun yang paling tidak boleh dilupakan oleh Radin, Hani dan Jaa apabila mereka terpilih untuk menjadi penyampai ERA selepas sesi temuduga dan saringan yang dijalankan menerusi pencarian Penyampai Top Malaysia.

Bermula daripada itu, mereka mula dikenali ramai dan berpeluang untuk menemu ramah ramai selebriti tempatan dan antarabangsa, malah turut tercalon dalam anugerah berprestij.

Advertisement

ini masa anda tunjuk bakat jadi penyampai radio dan join family eravengers

ini masa anda tunjuk bakat jadi penyampai radio dan join family eravengers

Kali ini, ERA sekali mencari bakat-bakat baru dalam dunia penyiaran menerusi pencarian Personaliti Top ERA. Mereka yang terpilih akan diserap masuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga ERAvengers!

Caranya:

1. Muat naik video profile korang yang kreatif di Instagram atau menerusi laman web era.je
2. Gunakan #PTERAMilo
3. Tag @era.je
4. Pastikan akaun korang tak private

Kriteria yang dicari:

1. Berusia 18–30 tahun
2. Fasih berbahasa Melayu
3. Mempunyai kebolehan bertutur dengan pantas, spontan, teratur dan menghiburkan.

Good luck buat semua!

Untuk maklumat lanjut, check out Personaliti TOP ERA jom!

ERA Muzik Hit Terkini