Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebab Tarikan Graviti Hari Ini Semua Penyapu Boleh Berdiri Sendiri Tanpa Dipegang?

Satu hantaran dilaman Twitter telah menjadi tular kononnya NASA mengeluarkan kenyataan bahawa hari ini semua penyapu mampu berdiri dengan sendirinya kerana tarikan graviti.

sebab tarikan graviti hari ini semua penyapu boleh berdiri sendiri tanpa dipegang?

Meskipun tiada kenyataan rasmi dari pihak NASA sendiri, cabaran yang mula dikenali sebagai #NASABroomChallenge mulai tular dilaman sosial dan ramai telah mencubanya.

Advertisement

Alasan kenapa penyapu ini mampu berdiri dengan sendirinya tanpa dipegang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tarikan graviti atau sebarang magis, ia hanya berkaitan dengan keseimbangan.

Titik graviti pada batang penyapu adalah rendah, dan disebabkan itu seseorang itu mampu membuat penyapu berdiri tegak tanpa perlu dipegang pada bila-bila masa.

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini