Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penyelidik Di Universiti AS Dakwa Dah Jumpa Penawar COVID-19

Ketika dunia masih menantikan penawar bagi wabak COVID-19, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Universiti of Pittsburgh, Pennsylvania mendakwa bahawa mereka telah menemui vaksin COVID-19.

penyelidik di universiti as dakwa dah jumpa penawar covid-19

Profesor Madya Andrea Gambotto yang juga penulis kajian berkenaan berkata, vaksin berkenaan dihasilkan daripada 'protein spike' yang mengeluarkan sejenis antibodi pada kuantiti yang cukup untuk meneutralkan virus.

Advertisement

Bagi meningkatkan keberkesanan vaksin itu, protein tersebut sepatutnya hadir dalam bentuk kepingan yang terdiri daripada 400 jarum mikro yang terus larut ke dalam kulit.

penyelidik di universiti as dakwa dah jumpa penawar covid-19

Baca kajian penuh disini.

Prototaip vaksin yang diberi nama PittCoVacc itu kini sedang diuji pada tikus makmal dan terbukti mampu menghasilkan antibodi bagi melawan COVID-19 kira-kira dua minggu kemudian.

Walaubagaimana pun, pakar memberitahu keberkesanan vaksin terbabit akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan bagi menentukan sama ada ia benar-benar berjaya, mahupun sebaliknya.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini