Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penyelidik Dakwa Kucing Lebih Senang Terdedah Kepada COVID-19

Sekumpulan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China membuat kesimpulan bahawa spesis kucing adalah lebih senang dijangkiti COVID-19, berbanding dengan anjing.

penyelidik dakwa kucing lebih senang terdedah kepada covid-19

Kajian yang diterbitkan dalam Biorvix.org pada 31 Mac lalu mengkaji jangkitan virus tersebut dalam kalangan haiwan perliharaan susulan terdapat laporan bahawa kucing di Belgium dan Hong Kong positif COVID-19.

Advertisement

Satu eksperimen dijalankan dengan memberikan dos virus COVID-19 (SARS-CoV-2) pada lima ekor kucing domestik, dan tidak melibatkan interaksi sebenar antara pemilik dengan haiwan peliharaan mereka.

Hasil kajian mendapati terdapat zarah virus berjangkit dan genetik virus (RNA) pada salur pernafasan dua haiwan yang dimatikan dalam enam hari. Tiga ekor kucing lain yang diberikan dos virus berkenaan diletakkan dalam sangkar dan bersebelahan pula dengan spesis sama yang bebas jangkitan. Hasilnya, zarah virus dapat dikesan pada salah seekor kucing yang berlainan sangkar, dipercayai disebarkan melalui titisan udara.

Kajian juga mendapati, kucing yang dijangkiti turut menghasilkan antibodi terhadap SARS-CoV-2.

penyelidik dakwa kucing lebih senang terdedah kepada covid-19

Baca jurnal penuh disini

Satu lagi set eksperimen yang berasingan dijalankan mendapati anjing adalah kurang berisiko untuk dijangkiti virus berkenaan, sama seperti ayam, khinzir dan juga itik.

Bagaimanapun, seorang ahli virologi dari Ohio State University berkata, masih belum ada sebarang bukti menunjukkan kucing tidak boleh menjangkitkan virus berkenaan kepada manusia. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menasihatkan pemilik haiwan berkenaan sentiasa memastikan kebersihan diri dan haiwan terjaga boleh mengelakkan daripada terkena jangkitan.

Sehingga kini, tiada bukti jelas menunjukkan Covid-19 boleh disebarkan antara haiwan dan manusia.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini