Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penyu Datang Bertelur Di Port Dickson Ekoran Laksana PKP

Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa manusia untuk kekal duduk di rumah, suasana di pantai peranginan Port Dickson berubah kerana ia kini menjadi tumpuan penyu untuk bertelur.

penyu datang bertelur di port dickson ekoran laksana pkp

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pantai ini juga menerima kehadiran penyu, selain di Terengganu.

Advertisement

Sejak pelaksanaan PKP, pantai yang sepi daripada aktiviti manusia, telah menarik perhatian penyu dan juga spesis haiwan lain untuk mendarat dan bertelur.

penyu datang bertelur di port dickson ekoran laksana pkp

Ia ekoran daripada penemuan 118 biji telur penyu agar dan 110 biji telur yang belum dikenal pasti spesisnya pada Isnin lalu, seperti yang dikongsi oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menerusi laman Facebook.

Telur-telur berkenaan juga dibawa ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson untuk dieram dan juga dietaskan.

Perkongsian menerusi Facebook jabatan tersebut juga menarik perhatian warganet yang berkongsi pelbagai pandangan termasuk ada yang menyifatkan ia sebagai salah satu hikmah disebalik kejadian pandemik COVID-19.

Sumber: BERNAMA

ERA Muzik Hit Terkini